Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer ditahan polis berhubung kenyataan 'celaka' yg diucapkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Beliau dijangka didakwa kerana menghasut pada Khamis. Rayer yg ditemani oleh ahli exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo tiba di Ibu Pejabat Polis George Town kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.
Difahamkan 14 individu yg menceroboh masuk ke dalam DUN baru-baru ini turut akan didakwa dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
0 Komentar untuk "BERITA Isu celaka, ADUN Seri Delima ditahan polis"