malaynews1. Powered by Blogger.

Menarik Datuk Aziz Satar Pernah Di Halau P.Ramlee-Video

Allahyarham Datuk Aziz Sattar pernah menceritakan kpada Astro AWANI kisah di mana beliau dan Allahyarham S. Shamsudin pernah dihalau dari set pengambaran filem Pendekar Bujang Lapok.



Allahyarham yg juga dikenali sebagai Pak Ajis berkata demikian ketika menjadi tetamu program Temujanji terbitan Astro AWANI sekitar tahun 2008 yg dihoskan oleh Syed Faradino Omar (Dino Omar).

Menurut Pak Ajis, ketika itu mereka sedang melakonkan satu babak ketika S.Shamsudin menyalakan lilin untk berjumpa dengan seniwati Allahyarhamah Roseyatimah.

“Saya tak tahu apa yg saya dan Sudin dah buat, tapi P.Ramlee tidak boleh menahan gelak sepanjang shooting sampai kami kena halau.

“Esok bila pengambaran disambung semula, selepas satu take, P. Ramlee gelak lagi sampai nak pecah lampu”

Mengimbas kembali, Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai Pengalih Bahasa di Jalan Ampas dengan gaji yg rendah iaitu RM70.

Walaupun bergaji kecil dari kerja sebelumnya (RM150), namun kerana minat yg mendalam pada bidang seni, Allahyarham sanggup.

“Satu hari, mereka tak cukup watak extra. Saya cakap, buat apa susah-susah cari, di sinikan ada. Siapa Jis? Tanya mereka. Aku la!” cerita Allahyarham yg kemudiannya diiringi gelak tawa penonton program Temujanji.

Di situlah, bermula kerjaya Pak Ajis sebagai pelakon dan kemudiannya menjadi pelakon utama di dalam filem.

Sepanjang hayat, Pak Ajis sering mengagumi P. Ramlee. Di dalam temubual ini, Pak Ajis ada menceritakan beberapa babak yg disyorkan olehnya kepada P.Ramlee.

“P. Ramlee seorang yg menghormati orang dan senang menerima pendapat orang lain. Ada beberapa babak yg saya cadangkan diterima olehnya.

“Seperti babak Pendekar Bujang Lapok, babak saya dibaling batu. Itu idea saya. Ketika itu juga P. Ramlee tukar posisi kamera dan rakamkan babak tersebut” cerita Allahyarham lagi.

Di akhir bicara, Pak Ajis yg sememangnya dikenali sebagai seorang yg suka buat orang ketawa, mengucapkan syukur apabila sehingga sekarang, filem-filem lakonan beliau dan rakan-rakan ditontoni ramai.

“Alhamdulillah, sehingga sekarang orang masih sukakan cerita P.Ramlee, orang kenal siapa itu Ajis, Sudin dan Ramlee.

“Itulah yg P. Ramlee katakan, Ajis....seni aku bukan untuk wang Jis, seni aku untuk masyarakat”

2 kali perkara tersebut dinyatakan P Ramlee (kali terakhir 9 hari sebelum akhir hayat beliau) kepada Aziz Sattar.

Pak Ajis atau sebenarnya Abdol Azez Bin Satta dilahirkan pada 8 Ogos 1925 dan telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mei lalu akibat sakit jantung.

Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapok pada tahun 1950-an.

Antara dialog Allahyarham yang masih diingati ialah menerusi filem Pendekar Bujang Lapok ketika membaca surat biarpun buta huruf.

Aziz: Sekali syair daa!…Alkisah… Alkisah tersebutlah kisah sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun
P Ramlee: Cit!… mana Firaun pakai sultan”

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wHGl2Au2fI4
Tag : Hiburan

Related Post:

0 Komentar untuk "Menarik Datuk Aziz Satar Pernah Di Halau P.Ramlee-Video"
Back To Top