Jika benar, kenapa Malaysia bertindak untuk menangguhkan pendedahan maklumat penting tersebut?
SEKILAS PANDANG: Wah, rupanya Putrajaya boleh bertindak balas dgn pantas apabila ia mahu!
Hanya beberapa jam selepas CNN melaporkan semalam (10 April) bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tlh melancarkan pesawat carian pada pagi kehilangan MH370, Putrajaya tlh membalas dgn penafian.
Pasukan komunikasi Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis sebuah ‘tweet’ mlm tadi bahawa laporan CNN itu adalah sebuah dakwaan palsu.
“ "Dakwaan terkini @CNN bahawa pesawat Tentera Udara Msia dilancarkan tidak lama selepas @MAS melaporkan kehilangan #MH370 awal 8/3 adalah palsu," tulis pasukan komunikasi Hishammuddin ini di akaun Twitter @H2OComms pada jam 22:29.
Hishammuddin kemudian mengulangi ‘tweet’ ini di akaun rasmi Twitter beliau, @HishammuddinH2O.
“ Portal berita Malaysian Insider kemudian menyampaikan respons berikut dari seorang pengguna Twitter, Lili Mian: "ia membuatkan saya tertanya-tanya siapa sebenarnya yg membayar CNN bagi semua laporan palsu berkaitan MH370 ini?"
“ Daniela N. menulis ‘tweet’: "CNN nampaknya sedang melancarkan perang terhadap Malaysia. Sangat menyedihkan. Mengambil peluang terhadap sebuah tragedi."
“ Adrian Ng menulis: "boleh anda tolong ketahui siapa (pegawai) kanan kerajaan Malaysia ini."
Menurut CNN, seorang pegawai kerajaan Malaysia telah mendedahkan bahawa TUDM telah melancarkan pesawat carian pada jam 8 pagi 8 Mac, tidak lama selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang.
Tetapi, ini adalah kira-kira tujuh jam selepas pesawat MAS dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin radar penerbangan komersial pada 01:07 8 Mac!
Sewaktu misi SAR multinasional yg diterajui Australia berlumba dengan masa dalam mencari pesawat ini pada hari ke35, kedua-dua MAS dan pihak berkuasa Malaysia masih dibebani pertikaian dengan media asing mengenai pendedahan maklumat penting dalam pencarian pesawat MAS yang hilang ini.
CNN melaporkan bahawa ia telah dimaklumkan oleh pegawai itu bahawa pesawat carian TUDM telah dilancarkan lama sebelum pihak berkuasa meneliti data, yang menunjukkan bahawa pesawat komersil itu yang telah berpatah balik ke arah barat dari lokasi yang terakhir yg diketahui, di Laut China Selatan.
Satu sumber yang terlibat dalam penyiasatan ke atas pesawat MAS yg hilang ini telah mengesahkan maklumat terbaru ini, menurut laporan CNN.
CNN memetik sumber ini yg berkata bahawa TUDM tidak memaklumkannya kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan sesiapa pun dalam pasukan SAR (termasuk Hishammuddin?) sehingga 11 Mac, tiga hari selepas kehilangan pesawat.
Ia kemudiannya disahkan oleh tentera Malaysia bahawa radar mereka telah mengesan pesawat membuat satu pusingan balik, menyeberangi Semenanjung menuju ke Selat Melaka sebelum menukar arah ke Lautan Hindi.
Bagaimanapun, pesawat itu telah hilang dari radar tentera kira-kira 120 batu nautika selepas ia merentasi Semenanjung, sumber itu memberitahu CNN.
Penyiasat mengatakan bahawa data ini menunjukkan yg ini mungkin disebabkan oleh kapal terbang itu telah turun ke ketinggian di antara 4,000 dan 5,000 kaki.
Terdapat pandangan bercanggah daripada pakar-pakar penerbangan mengenai sebab bagi penurunan ketinggian secara tiba-tiba ini.
"Penurunan ini mungkin telah diprogramkan ke dalam komputer yg mengawal kapal terbang sebagai tindakan kecemasan," jelas pakar penerbangan, David Soucie kepada CNN.
Walau bagaimanapun, penganalisis penerbangan CNN yg juga bekas pengarah urusan National Transportation Safety Board, Peter Goelz berkata: "Isu sebenar adalah semakin jelas kelihatan bahawa, seolah-olah seseorang di dalam kokpit telah menukar arah pesawat ini dan membanya lebih jauh dari darat. Dan ia kelihatan seolah-olah mereka melakukannya untuk mengelakkan dari dikesan."
Bekas ketua Jabatan Pengangkutan AS, Mary Schiavo percaya bahawa penurunan ini mungkin berlaku sebagai tindak balas kepada kehilangan tekanan, yg dilakukan bagi mencapai ketinggian di mana presurisasi tidak diperlukan dan penumpang dapat bernafas tanpa bekalan oksigen, CNN melaporkan.
Beliau juga berkata ia mungkin disebabkan kapal terbang itu ingin keluar dari lalu lintas komersil, yg kebiasaannya terbang pada ketinggian yg lebih tinggi.
Menurut CNN, senario ini munasabah jikga transponder pesawat telah dimatikan dan ia kehilangan komunikasi.
“ "Jika anda tidak mempunyai apa-apa komunikasi, anda perlu keluar dari lalu lintas lain," jelas Schiavo, sambil menambah bahawa kebanyakan radar dapat mengesan kapal terbang pada ketinggian di bawah 4,000 kaki, maka penurunan mendadak pesawat itu menjadikannya tidak mungkin yg ia adalah satu usaha untuk menyembunyikan pesawat dari radar.
Sumber itu juga mendedahkan bahawa penyiasat telah mengesahkan bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, adalah orang terakhir yg bercakap dengan pengawal trafik udara dengan kata-kata “Good night Malaysian three-seven-zero” (Selamat malam, pesawat Malaysia tiga-tujuh-sifar).
Menurut CNN, sumber Malaysia itu memberitahu mereka bahawa tiada apa yang luar biasa mengenai suara itu, dan ia tidak memberi petunjuk bahawa adanya sebarang tekanan.
Pengesahan bahawa suara itu milik Zaharie diberikan selepas polis memainkan rakaman itu kepada lima orang juruterbang MAS lain yang mengenali juruterbang dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
“ "Tidak ada suara-suara pihak ketiga," kata sumber itu kepada CNN.
Terdapat lebih banyak berita buruk bagi industri pelancongan Malaysia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz pada sidang media semalam (10 April) mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 30,000 orang pelancong dari China telah membatalkan pakej percutian mereka ke Malaysia sehingga tahun depan, sewaktu kesan kehilangan MH370 ini menjadi semakin jelas.
Nazri berkata angka 30,000 ini bukan angka keseluruhan, kerana laporan lengkap angka pelancong untuk bulan Mac masih belum diterima.
“ "Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa sektor pelancongan telah terjejas," katanya dalam sidang media di Royale Chulan Hotel di Damansara, Kuala Lumpur.
Penculikan seorang rakyat Cina dan Filipina di Sabah oleh militan asing bersenjata bagi mendapatkan wang tebusan pada 8 April telah turut menambah masalah negara dan antarabangsa Malaysia.
Jelas sekali, ini adalah hanya sebahagian kecil daripada masalah ekonomi Malaysia dan keyakinan global terhadap negara ini sebagai sebuah destinasi yg selamat untuk pelancong dan pelabur, selepas MH370.

Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Malaysia Buat Penangguhan Pendedahan Awal Maklumat Penting MH370"