malaynews1. Powered by Blogger.

Keluarga Mangsa MH370 Bersatu Gesa Kerajaan



menggelar diri mereka Voice370 – menghantar surat terbuka kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia, minta menganalisa semula dan mengeluarkan data satelit terdahulu dan sebarang maklumat, ketika misi pencarian Boeing 777-200ER itu melepas tempoh dua bulan tanpa hasil.

Voice270 berkata, ia mewakili lebih 300 ahli keluarga 227 penumpang dan 12 anak kapal dlm pesawat Malaysia Airlines yg hilang pada 8 Mac dan dianggap terhempas di Lautan Hindi.

Pada 28 April, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata pencarian pesawat hilang itu memasuki “fasa baru” selepas operasi mencari bawah laut tidak menemui apa-apa.

“Berikutan tiada bukti fizikal MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, keluarga mendesak kesimpulan, berdasarkan data analisis Inmarsat, menyatakan pesawat itu berakhir di lautan,” kata Voice370, menggesa tiga kerajaan berkenaan untk mempertimbang semula ketepatan data Inmarsat.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dan kesimpulan tu dibuat berdasarkan kepada data dan analisis daripada firma satelit British, Inmarsat.

Voice370 berkata,”jika analisis Inmarsat tidak dapat mengenepikan kemungkinan laluan pesawat lain, fakta itu perlu diambil kira”.

Pada Isnin, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertemu Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang dan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss untuk berbincang mengenai butir terperinci status pencarian MH370 dan rancangan masa depan.

Mengulas pertemuan tiga pihak itu, Voice370 berkata kekurangan bukti mengenai apa yg berlaku kepada MH370, Putrajaya patut "kongsi dan mendedahkan data kasar ping yg diperolehi satelit Inmarsat untuk 9MMRO (setiap ping dari Jumaat, 7 Mac tengah malam hingga isyarat terakhir), bagi membolehkan analisis lebih luas dibuat oleh pakar berkenaan”.

Voice370 berkata, data Inmarsat hanya menunjukkan kemungkinan laluan penerbangan ke selatan tetapi ia tidak memberikan kesimpulan tepat.

“Data satelit Inmarsat adalah satu-satunya petunjuk yg kita ada dan kunci untk mengenal pasti laluan penerbangan MH370.

“Berikutan kekurangan pengaktifan pengesan transmitter kecemasan (ELT), tiada serpihan dikesan, dan kekurangan ping yg meyakinkan, kami rasa adalah perlu data itu diberikan kepada pihak ketiga untuk disemak,” kata kumpulan itu.

Australia menubuhkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), diketuai Angus Houston dan beroperasi dari Perth, untuk mengetuai operasi mencari di Lautan Hindi dan Voice370 mendesak JACC untk berkongsi dan memberikan data ping yg diterima daripada menara pinger pada April.

“Ping berkenaan dicirkan sebagai turun naik pada 33.3kHz dengan setiap ping ialah berselang 1.106 saat. Ping itu tidak bersambungan dan jarak paling jauh antara lokasi ping itu ialah kira-kira 24km.

“Rakaman ping itu adalah satu lagi bukti yg perlu disahkan, bukan saja ketepatan kiraan Inmarsat tetapi juga untk membuktikan tranmisi itu dari perakam data pesawat,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada tuntutan ketelusan, Voice370 berkata Institusi Oseanografi Woods Hole (WHOI) patut dilibatkan untk memegang tanggungjawab bagi operasi mencari bawah laut dan menyelaras serta menjalankan pencarian.

“WHOI bukan entiti komersial dan kenyaaan mengsan pesawat 447 Air France menunjukkan ia berpengalaman dan ada kepakaran untuk menjalankan misi mencari MH370 mengikut etika,” katanya.

(Pesawat 447 terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 dan kotak hitamnya ditemui, dua tahun selepas itu).

Dalam mesyuarat pada Isnin, Australia, China dan Malaysia berjanji untuk tidak menghentikan pencarian MH370, di sebalik timbulnya persoalan mengenai bagaimana untk meneruskan misi itu dan siapa yang akan membayar perbelanjaan yg semakin meningkat.

Dengan operasi mencari di udara dan daratan dihentikan, fasa baru untuk mencari MH370 akan membabitkan kos A$60 juta (RM180 juta) bermula selepas data visual dan sonar dianalisis dan kontraktor mendapati ada keperluan untk menyewa kelengkapan canggih, lapor Reuters.

Pakar mengecilkan kawasan mencari di mana pesawat itu diandaikan terhempas ke kawasan lengkung di Lautan Hindi kira-kira 1,600km barat laut Perth.
Tag : Isu Semasa
2 Komentar untuk "Keluarga Mangsa MH370 Bersatu Gesa Kerajaan"

Salam.. Cuba tonton video temubual kapten norudin oleh RTM pada 9 mei 2014 di youtube.. Tajuk 'grandstand 9 mei 2014 kapten norudin abdul majid'.. Kapten sedaya mungkin menyembunyikan kebenaran yg diketahuinya.. Ada sebab kenapa kapten x dapat berterus terang.. Tp apa yg kapten cuba sampaikan adalah, hentikan operasi mencari di lautan hindi, sebab mh370 xde kat sana.. Sebaliknya mulakan operasi mencari di laut china selatan.. Cari di dasar laut, laut china selatan, berhampiran pulau spratly, mh370 ada kat situ.. Tolong sebarkan dan ramai2 kita desak pihak berkuasa mulakan operasi di dasar laut china selatan, lebih tepat lg, persisir pantai pulau spratly.. Mh370 berada dalam keadaan baik, cuma sayap kanan sahaja yg patah sikit, xde serpihan terapung di permukaan laut.. Malangnya semua penumpang dah x bernyawa.. Dengar betul2 kata kapten, data2 yg diberi semua adalah muslihat (untuk alihkan operasi ke tempat yg salah..) kapten jugak cakap semua muslihat ni dirancang, namun Allah benarkan (izinkan) berlaku, sebab ada kebaikan untuk ummat.. Kapten x dapat jelaskan perkara sebenar (walaupun sebenarnya beliau tahu perkara sebenar), tp beliau dah bg banyak sangat klu utk kita pikir betul2.. Ulang sekali lg, mh370 ada kat laut china selatan, kat dasar laut, di persisir pantai pulau spratly..

Yg sebenarnya, yahudi telah hantar jin ifrit untuk tahan mh370, jin tu sebelah kaki dia kat vietnam, sebelah kaki lagi kat filipina. Jin tu tahan mh370 di udara, semua penumpang masih hidup lg masa tu.. 1 org wali Allah ni (org tabligh) dapat tahu, terus dia lawan jin tu.. Jin tu kalah, Mh370 jatuh kat dasar laut, kapal terbang sikit pun x pecah, macam keadaan asal, cuma sayap kanan sahaja yg patah sedikit... Lokasi kapal terbang berhampiran pulau spratly, kat dasar laut.. Semua masih ingat lg kapten norudin? Dia bgtau kat tv 3, mh370 hilang, full stop.. Kapten norudin tu pun org tabligh.. Dia antara yg betul2 tahu kejadian sebenar.. Pd pagi 24 mac 2014, kapten norudin, bersama lg 4 org telah pergi ke putrajaya berjumpa dengan najib untuk bgtau kat mana mh370.. mereka jumpa 3 org, najib, rosmah, dan jamil khir. Ustaz hamzah (ustaz tabligh di sri petaling) dakwah mereka bertiga, dakwah pasal aurat pramugari, dakwah pasal arak dalam MAS.. Dakwah sampai rosmah menangis.. Lepas tu baru ustaz bgtau lokasi sebenar mh370.. Dan mereka bgtau najib supaya rahsiakan dulu perkara ni, sehingga mereka nak bawak sendiri najib untuk tengok sendiri bangkai mh370 tu.. Tiba2, malam 24 mac tu, secara tergesa2, najib buat kenyataan media kata mh370 berakhir di lautan hindi.. Jadi ustaz2 tu terkejut ar.. Mereka check balik, rupa2nya najib buat kenyataan media tu dalam keadaan kene sihir oleh yahudi.. Yahudi telah sihir najib untuk keluarkan kenyataan macam tu.. Yahudi xnak malaysia dapat balik mh370.. Yg betul2 tgh berusaha nak dapatkan balik mh370 adalah org tabligh.. Kapten norudin, mulvi osman, ustaz azwan dan beberapa nama lagi.. Setelah gagal untuk menggunakan najib, mereka telah pergi pula kepada panglima tentera malaysia.. Jadi, pada hari khamis, 1 mei 2014, geng tabligh ni telah bawa panglima tentera udara diraja malaysia, panglima tentera darat diraja malaysia, dan panglima tentera laut diraja malaysia.. Mulvi osman, kapten norudin yg bawa mereka.. Kalau x percaya, sesiapa yg kenal panglima2 ni, boleh tanya mereka sendiri.. Mereka pergi menggunakan kapal terbang jenis charlie.. Ketika terbang melintasi kawasan laut persisir pulau spratly tu, mereka dapat melihat dengan jelas bangkai mh370 di dasar laut.. Air laut kat persisir pulau spratly tu begitu jernih, sehingga dapat lihat dasar laut dengan jelas.. Semua panglima2 tentera malaysia nampak dengan jelas bangkai mh370 tu.. Sebiji kapal terbang, tanpa ada sedikit pun yg berkecai cuma patah sedikit sahaja pada sayap kanan.. Boleh tgk jugak video kapten norudin ditemuramah oleh rtm.. Tajuk video grandstand 9 mei kapten norudin.. Search kat youtube.. Dlm video tu kapten norudin dah bg hint yg cukup jelas.. Segala data yg diberi selama ni hanyalah helah untuk buat dunia menukar tempat mencari ke lokasi yg salah.. Kapten cakap kembali kpd hari pertama, cari di situ.. Banyak yg dia cuba sembunyikan dalam temuramah tu, tp secara tersirat, dia suruh cari di laut china selatan, mh370 ada kat situ.. Amerika pun dah tahu lokasi mh370.. Sebelum dorg ni pergi pada 1 mei, amerika telah terlebih dulu pergi.. Amerika niat nak amik kotak hitam.. Mereka pergi dengan sebuah kapal perang yg besar.. Tapi sebelum tiba kat lokasi mh370, Allah telah tenggelamkan mereka.. Sebiji kapal perang dengan tentera2, semua sekali tenggelam.. Benda ni langsung x keluar berita.. TLDM labuan tahu benda ni, sebab kat radar dorg, ada kapal asing yg menceroboh, jadi bila dorg sampai kat situ, kapal perang amerika tu tgh tenggelam.. Mulvi osman tu cakap, seluruh dunia punya sihir, sekarang tertumpu kat perairan tu.. Mereka sungguh2 xnak malaysia dapat mh370 balik.. Yg terbaru, mereka (org tabligh dan tentera serta beberapa org teknikal) akan pergi lg skali kat tempat tu, kali ni mereka nak pergi beramai2.. Mereka akan pergi pada 29 mei ni.. Jadi marilah sama2 doakan kejayaan mereka, dan semoga Allah pelihara mereka dari rancangan jahat yahudi..

Back To Top