malaynews1. Powered by Blogger.

Jennifer Lopez Tolak Pelawaan Bedah Plastik








Jennifer Lopez

Penyanyi popular, Jennifer Lopez menolak untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengekalkan bentuk badannya yg dikagumi golongan lelaki dan diingini kaum wanita.

Juri rancangan realiti pertandingan nyanyian American Idol itu dalam temu bual dengan stesen radio, 2dayFM berkata, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan bentuk badannya, namun tidak akan terlibat dalam sebarang pembedahan plastik.

"Saya terlalu takut untk melakukan pembedahan bagi mengekalkan bentuk badan saya.

"Saya rasa ia juga dapat dilakukan dgn mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam,'' katanya.

Lopez bagaima­napun, mengaku adakalanya dia seperti wanita lain merasakan dirinya gemuk.

"Apabila saya merasa demikian, saya akan melakukan sesuatu untk membuat saya berasa cantik pada hari tersebut seperti dngn berpakaian cantik,'' katanya.
Tag : Hiburan

Related Post:

0 Komentar untuk "Jennifer Lopez Tolak Pelawaan Bedah Plastik"
Back To Top