Susulan aduan oleh pengguna yang memuatnaik gambar objek meloyakan dalam susu kotak yg dibeli di pasaraya, pengeluar susu terbabit iaitu Dutch Ladu telah tampil memberikan respon dengan berjanji akan menyiasat kejadian itu.
Menerusi laman Facebook, Dutch Lady memaklumkan bahawa mereka sedang cuba menghubungi pelanggan yg menyebarkan gambar tersebut untuk membuat penyiasatan tentang punca sebenar kejadian.
Bagaimanapun jawapan ini dilihat tidak dapat diterima pengguna yang rata-rata mahukan penjelasan segera.
Apa yg pasti, ia membuatkan ramai pengguna berasa risau dan takut untuk terus meminum susu kotak jenama tersebut.
Dutch Lady yg memahami kerisauan pengguna bagaimanapun meminta masa diberikan kepada mereka sementara siasatan terperinci dijalankan.
Setelah terus diasak oleh pengguna, Dutch Lady kemudiannya mengeluarkan satu lagi status yg lebih tepat untk mengurangkan kerisauan pengguna mereka:
(Kami ingin berkongsi maklumat terkini. Sampel pengadu tersebut masih tidak dapat diperolehi. Maklumat yang kami kongsikan disini adalah berdasarkan gambar yang dimuatnaik di Facebook oleh pengadu tersebut. Apa yang anda lihat di dalam kotak susu tersebut kelihatan sama seperti mineral yg telah menjadi pepejal. Ini tidak berbahaya dan terhasil akibat dari kotak susu rosak atau penyimpanan yg tidak betul. Kejadian ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil kerana seperti yg kita tahu, susu atau produk tenusu mudah rosak. Selepas dibuka ia sepatutnya dihabiskan antara 2 – 3 hari dan disimpan di tempat sejuk dan kering. Walaupun sampel pengadu belum diperolehi, kami telah memulakan sisatan dalaman. Keputusan makmal awal berdasarkan sampel dari ‘batch’ sama yg dibeli oleh pengadu, telah menunjukkan bahawa sampel dari ‘batch’ ini tidak rosak dan selamat untuk diminum. Untuk keterangan lanjut, sila PM kami atau e-mel kami di dutchladycareline@frieslandcampina.com). Diharapkan dengan penjelasan ini, isu berkaitan ‘objek’ dalam susu kotak terungkai serba sedikit.
Sebagai pengguna, nampaknya bukan label tarikh luput sahaja perlu diketahui tetapi juga cara penyimpanan produk yg betul.
Apa pun untuk penjelasan lebih jelas, kita nantikan keputusan siasatan oleh Dutch Lady dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxk36jghtnSKHTAvEeKEyR7s_7ssDR3v0pSWyE_86Cko6OB0MrYbtSl7m3B-kCsRLV241pDu3ZPsV2adGw9fusRufevxfqZc6NdYhl5kT8yQdwMv1YgThdfOO1YrSUhy3AQZK3sJ8QkQQ/s1600/Gambar+PELIK+Bendasing+Dalam+Susu+Coklat+DutchLady-3.jpg)
Menerusi laman Facebook, Dutch Lady memaklumkan bahawa mereka sedang cuba menghubungi pelanggan yg menyebarkan gambar tersebut untuk membuat penyiasatan tentang punca sebenar kejadian.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq5mH2aX2cZW-A1ylBM542CDDLrz_C6OK_6tNhfjjostXffsYnWCeM7opDcTwpj7H12d5Ds3s0XHD84bfq-tCraPOlavX595AJGptdf4teJQ981DOoaI1pvFYNwL-FBUaPXF6Hr6TyuwA/s1600/Respon+Dutch+Lady+Tentang+Susu+Rosak-2.jpg)
Bagaimanapun jawapan ini dilihat tidak dapat diterima pengguna yang rata-rata mahukan penjelasan segera.
Apa yg pasti, ia membuatkan ramai pengguna berasa risau dan takut untuk terus meminum susu kotak jenama tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVGQdHq6LpdzA7CANekkuCstSciCWYJ_0yx4tosuKs_d2poyoIcYrXP0THpAeEfr5GVQWsxCbnkdASoIK5WDh1o5AP1Rreq05qG4SkjRLGwDN0QvVS5AricTaEWaa_vL0LUFH7D2glH14/s1600/Respon+Dutch+Lady+Tentang+Susu+Rosak-3.jpg)
Dutch Lady yg memahami kerisauan pengguna bagaimanapun meminta masa diberikan kepada mereka sementara siasatan terperinci dijalankan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-Qxi0-ydTHEbkR1BE588gafdJ9xm8VztjIiPz8rU61Cih0hAESFvkMhqte6w0EzR4jjNLV1r5MuJtLHCT4PCBMSNFW8GLi81TzjW6izxjOdWaFD8jIa4F0HdNNTMHc4X5aHPb86tx2iI/s1600/Respon+Dutch+Lady+Tentang+Susu+Rosak-4.jpg)
Setelah terus diasak oleh pengguna, Dutch Lady kemudiannya mengeluarkan satu lagi status yg lebih tepat untk mengurangkan kerisauan pengguna mereka:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJeBpTyWwZQtz9Kqrq-SOpJ98ag9hF5HfvnavqbX1DhdaVfj2-awXpDgfDhV4uvyVtpyJF6V0N9s8oGfnkPzYJSIpoSuGBWSAtHja-7NmC26HWgigyCbxLnRxIsshU9MAyrXOLbfxXt-0/s1600/Respon+Dutch+Lady+Tentang+Susu+Rosak-6.jpg)
(Kami ingin berkongsi maklumat terkini. Sampel pengadu tersebut masih tidak dapat diperolehi. Maklumat yang kami kongsikan disini adalah berdasarkan gambar yang dimuatnaik di Facebook oleh pengadu tersebut. Apa yang anda lihat di dalam kotak susu tersebut kelihatan sama seperti mineral yg telah menjadi pepejal. Ini tidak berbahaya dan terhasil akibat dari kotak susu rosak atau penyimpanan yg tidak betul. Kejadian ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil kerana seperti yg kita tahu, susu atau produk tenusu mudah rosak. Selepas dibuka ia sepatutnya dihabiskan antara 2 – 3 hari dan disimpan di tempat sejuk dan kering. Walaupun sampel pengadu belum diperolehi, kami telah memulakan sisatan dalaman. Keputusan makmal awal berdasarkan sampel dari ‘batch’ sama yg dibeli oleh pengadu, telah menunjukkan bahawa sampel dari ‘batch’ ini tidak rosak dan selamat untuk diminum. Untuk keterangan lanjut, sila PM kami atau e-mel kami di dutchladycareline@frieslandcampina.com). Diharapkan dengan penjelasan ini, isu berkaitan ‘objek’ dalam susu kotak terungkai serba sedikit.
Sebagai pengguna, nampaknya bukan label tarikh luput sahaja perlu diketahui tetapi juga cara penyimpanan produk yg betul.
Apa pun untuk penjelasan lebih jelas, kita nantikan keputusan siasatan oleh Dutch Lady dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Dutch Lady Beri Respon Susu Rosak"