KES pelakon Eira Syazira bergaduh sehingga menyerang kru produksi menjadi heboh sepanjang minggu lalu. Ramai yg kesal dengan tindakan Eira sekiranya benar dia berbuat demikian.
Dia memang menafikan berbuat demikian tetapi logiknya untuk apa kru produksi itu membuat dakwaan demikian kalau tidak ada angin yg menggoyangkan pokok.
Walaupun Miss J seorang wanita, kalau orang senang-senang menyerang hah kenalah habuannya. Eira pula mendakwa kru lelaki itu menyerangnya tetapi yg aneh cerita ini dikeluarkan oleh kru, kenapa tidak dari Eira. Cuba-cubalah kita fikir sendiri, Eira yg kena serang tetapi dia diam. Kru yg menyerang dakwa pula Eira menyerang dia.Ok sila fikir.
Tetapi yg Miss J rasa nak termuntah ialah gelagat suaminya, Azad Jazmin yg terlampau menyebelahi Eira sampai sanggup kata, "lelaki yang bergaduh dengan perempuan tak ada telur." Wow... hebat sungguh awak bercakap ya!
Memang tak salah kalau Azad membela isteri sendiri, kalau Miss J pun buat perkara yang sama. Tetapi masalahnya Azad lupa nak guna cermin pandang belakang. Azad pun pernah terlibat kes pergaduhan dengan seorang pelakon wanita, Faezah Elai sebelum ini.
Kes pergaduhan Azad-Faezah memang cukup panas sebab masing-masing tak mahu kalah. Miss J rasa Azad terlupa dia pernah bergaduh dengan perempuan.
0 Komentar untuk "Apa Yang Sudah Jadi Eira Syazira?"