malaynews1. Powered by Blogger.

Akibat Tersilap Langkah Jari Tomok Patah

"Benda dah nak jadi. Bukan salah siapa-siapa pun. Entah macam mana saya bersilat untuk babak drama itu dan tersilap langkah,” kata penyanyi dan pelakon Tomok mengenai insiden dua jarinya patah ketika menjalani penggambaran program Hari Raya berjudul Yabedabedu untk TV3, Jumaat lalu.



Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 30, pada awalnya menyangka dua jarinya iaitu telunjuk dan manis hanya terseliuh sehinggalah ia makin membengkak dan sakit.

Katanya, selepas pemeriksaan, doktor mendapati dua jari itu patah dan dia menjalani rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di sini, petang semlm.

Ketika dihubungi, Tomok berkata, dia mendapat kecederaan itu secara tidak sengaja dan bukan disebabkan salah mana2 pihak.

“Pada Jumaat lalu selepas penggambaran, saya sangka jari cuma bengkak biasa sebab terseliuh atau terkehel tapi sakitnya makin menjadi-jadi.

“Nak tak nak saya kena pergi hospital dan bila X-ray, doktor kata dua jari saya itu patah. Apa lagi kena tahan wad teruslah,”
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Akibat Tersilap Langkah Jari Tomok Patah"
Back To Top