Menantikan saat kelahiran merupakan
detik yg mendebarkan bagi pasangan suami dan isteri. Debaran itu lebih
lagi terasa jika kedua-duanya mahu menyambut kelahiran sulung.
Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven.
Sebagai seorang doktor pula, mereka akan memastikan bahawa proses
bersalin itu akan berjalan dengan jayanya. Namun ada satu perkara yg
cukup unik berlaku di wad bersalin. Seorang bayi berjaya dikeluarkan
tetapi masih lagi berada dalam air ketuban.
Kejadian ini benar-benar seperti satu keajaiban.

Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yg dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.
Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yg baru lahir
itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi
pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.
Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak
menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim
ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi
yg belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana
ketuban itu terdiri daripada dua membran yg dikenali sebagai amnion
dan chorion.
Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir
terapung dan bergerak. Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi
embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair
yg membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu
bayi dalam dalam kandungan.
Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu
kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dlm cecair
itu. Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan
sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu
dilahirkan.
Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yg biasa dirujuk
sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal
sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi
yg baru dilahirkan yg masih dalam ketuban 12 Mac lalu.
Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dgn bahaya kerana ia masih makan
melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah. Gambar itu sudah
dikongsi lebih 8,000 kali.
Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yg dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.
“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia
memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu sy masih
meneran dan dia meminta sy bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi
ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica.
Tag :
Dunia
0 Komentar untuk "Subhanallah Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Belum Pecah"