
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yg membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yg tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp.
Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yg menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.
Terdahulu pihak TV AlHijrah pada Rabu lepas turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yg tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.
Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yg disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.
"Saya minta maaf jika ada yg tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.
"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.
Bagaimanapun, Wardina akan bertemu dengan pendakwah terbabit bagi membincangkan kemusykilan berkenaan selain mahu bertukar pendapat tentang agama.
Dalam status yg dimuat naik pada malam Selasa lalu Wardina turut berkongsi video ceramah Ustaz Don bertajuk Kompilasi Hadis Palsu dan Penyelewengan Ustaz Don.
Dia turut meminta pihak ulama dan mufti mengkaji semula kandungan ceramah yg disampaikan melalui video tersebut.
Ustaz Don ketika ini berada di United Kingdom untuk menjayakan sebuah rakaman berkaitan keislaman.
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Respon Wardina Terhadap Ustaz Don"