
Kegembiraan pasangan pengantin untk meraikan hari bahagia bertukar pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati kira-kira tiga jam sebelum majlis persandingan mereka semalam.
Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, yg selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dengan keadaan hidung dan mulut berdarah di dalam bilik pengantin di rumahnya di SS3 di sini kira-kira pukul 8.30 pagi.
Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pgi semalam.
"Pagi tadi (semalam) sy ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.
"Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Sy cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu drpd empat beradik itu berdarah.
"Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran ttpi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman," katanya sedih.
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Pilu Pengantin Wanita Meninggal 3 Jam Sebelum Bersanding"