malaynews1. Powered by Blogger.

Fiza Mohon Isu Cerainya Tidak Di caci




Menurut Fiza, dia menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang mslh peribadi akan diketahui umum.

“Saya manusia biasa yg tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yg tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure.

“Tetapi sy agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang saya, ada yg cakap semua ini salah saya, saya 'masuk air', saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini,” katanya melalui status terbaharu laman sosial Instagram miliknya.

Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui lman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama 'puterimahsuri81'.

Dalam pada itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yg diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.

“Tolonglah jangan hukum sy dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi.

“Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak sy besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga sy,” pintanya.

Adam dan Fiza bernikah pd 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat 2 orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

#Moga Fiza terus tabah menghadapi dugaan hidup......
Tag : Hiburan

Related Post:

0 Komentar untuk "Fiza Mohon Isu Cerainya Tidak Di caci"
Back To Top