
Semenjak insiden kehilangan pesawat MH370, media asing adalah media yg
pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie
Ahmad Shah dengan kejadian ini.
Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan
menimbulkan persepsi NEGATIF dari rakyat dari luar negara kepada
Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.
Daily Mail, tabloid British yg berpangkalan di Britain merupakan
akhbar yg paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie
dan keluarga. Daily Mail semalam, menerbitkan artikel mengenai pengakuan
anak Kapten Zaharie yg mendakwa ayahnya banyak berubah beberapa
minggu sebelum kejadian pesawat hilang.

Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten
menafikan pengakuan tersebut datangnya dari mereka dan mendakwa semua
itu adalah pembohongan yg amat teruk.

"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's
family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a
total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I
call upon all of you to rally together in solidarity to strongly
condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of
nonsense."
Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan
tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan
penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.
Dr. Ghouse, admin page itu yg merupakan sahabat Kapten Zaharie juga
mengajak para peguam terutama yg berasal dari Alumni Penang Free
School untuk memberi nasihat bentuk guaman yg diperlukan bagi
menerukan tindakan mereka.

Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli
keluarga Kapten Zaharie tersebut. Beberapa pengamal undang-undang turut
memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna
Facebook yg lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yg mencadangkan
agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.

Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu,
tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yg amat besar kepada
Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yg menghujani
pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan
persepsi negatif dunia terhadap negara kita.

Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya
rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari
dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa
kebaikan kepada negara kita.
Namun apa pun yg terjadi marilah kita mendoakan keselamatan mereka semua.
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Menarik Keluarga Dan Sahabat Kapten Zaharie Isu MH370"