malaynews1. Powered by Blogger.

Zizan Tidak Akan Kahwini Emma?




Pelakon Zizan Razak tak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya pelakon Emma Maembong, 20, dalam masa terdekat.
 
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

“Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.

“Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini,” katanya kepada mStar Online.




Sementara itu, Zizan yg baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan wanita itu menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti.

Dia juga reda & bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang.

“Saya reda sahaja jika itu cara mereka untuk cari rezeki & saya hanya jawab dengan tenang.

“Saya juga tidak mahu tuduh sesiapa yg buat fitnah itu, namun saya bimbang apa yg saya cakap akan menimbulkan provokasi atau disalah tafsir,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan yg melakonkan watak adiwira Cicakman dalam filem Cicakman 3 menganggap cabaran utama adalah untuk memberi yg lebih baik daripada filem terdahulu.

Bagaimanapun, Zizan tidak menganggap lakonannya akan dibandingkan dengan pelakon yg membawa watak Cicakman sebelum ini iaitu Saiful Apek.

“Cabaran utama adalah untuk membawakan watak ini dengan baik & memberi kesan yg sama atau lebih bagus daripada filem Cicakman sebelum ini.

“Namun saya tidak rasa lakonan saya akan dibandingkan kerana ia adalah kesinambungan daripada Cicakman terdahulu & cerita ia berbeza,” katanya.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Zizan Tidak Akan Kahwini Emma?"
Back To Top