malaynews1. Powered by Blogger.

Sharnaaz Bertatu Naga





Terkejut Beruk bila ternampak gambar-gambar bertatu penuh di badan & lengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam laman sosial Instagram.

Yelah pelik juga, kenapa tiba-tiba Sharnaaz yang beragama Islam itu boleh membuat tatu sebegitu kan? Namun siasat punya siasat ianya hanya tatu sementara bukan kekal & Sharnaaz lakukan hanya untuk membintangi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Dalam drama tersebut Sharnaaz yg nama wataknya Jebat seorang ketua gangster & patutlah dia perlu bertatu penuh berbentuk Naga sebagai tanda ahli kumpulan gangster itu dalam drama tersebut.

Tapi  dilihat dalam komen foto yg dimuat naik di Instragram itu ada juga yg tidak berkenan & Sharnaaz kemudian turut membalas yg dia lakukan sebegitu demi kerjanya.

Yelah, tak salah pun jika dia lukis tatu sementara itu jika mahu menyesuaikannya dengan watak, asalkan ianya tidak melampaui batas.

Apa-apa pun,  ramai juga rakan-rakan  yg suka sangat tengok Sharnaaz & Nelydia Senrose dalam drama tersebut. Katanya pasangan ini sangat serasi & romantik digandingkan bersama.

Gambar tatu yang di ambil dari instagram @sharnaazahmad
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Sharnaaz Bertatu Naga "
Back To Top