malaynews1. Powered by Blogger.

Respon Awie Rafael Isu Perkahwinan Hanez Suraya



Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa, Awi Rafael tetap mendoakan kebahagiaan bekas teman wanitanya, Hanez Suraya yg dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Awi yg baharu sahaja mengetahui berita itu melalui pihak media yg bertanya kepadanya menyatakan dia berasa gembira dengan berita tersebut.

“Saya cukup bersyukur & gembira apabila mendapat tahu (Hanez akan berkahwin) kerana saya memang sentiasa berharap & berdoa agar dia bahagia walaupun kami sudah berpisah,” katanya memetik Murai.

Dalam pada itu, Awi juga mengakui dia tidak lagi bertemu pengganti Hanez sejak mereka putus cinta tahun lalu.

Mereka juga baru-baru ini dipertemukan sekali dalam Anugerah Juara Lagu di mana Awi berjaya menggondol tempat ketiga bersama Altimet menerusi lagu hits mereka ‘Kalau Aku Kaya’.

Baguslah saling mendoakan di antara satu sama lain, perkara yg lepas itu biarkan berlalu.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Respon Awie Rafael Isu Perkahwinan Hanez Suraya"
Back To Top