malaynews1. Powered by Blogger.

Rahsia Di Sebalik Air Kelapa



Air kelapa, satu hadiah daripada alam semulajadi kerana ia sangat menyegarkan & berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan & kulit anda dari luar & dalam. Di sini, kami ingin kongsikan 8 manfaat air kelapa seperti berikut:

Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yg mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

Tingkatkan metabolisme anda & meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yg lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan & mengurangkan berlakunya refluks asid.

Hidrat & meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air & sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak & rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim & asid amino.

Membantu penurunan berat badan yg sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda & meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yg positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yg tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat & sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula & kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien & vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin & mengurangkan keletihan.

Kaya dengan sumber vitamin & nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik & semula jadi vitamin & nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.

Bermanfaat untuk otot & sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot & membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.

Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat & jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik & krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.
Tag : Informasi
0 Komentar untuk "Rahsia Di Sebalik Air Kelapa"
Back To Top