malaynews1. Powered by Blogger.

Pementasan Datuk Siti Berkaitan Kehidupannya





Kali terakhir Dato' Siti Nurhaliza muncul dengan album ialah pada tahun 2011 menerusi album 'All Your Love'. Tidak mahu membuatkan peminat-peminat ternanti-nanti dengan album terbarunya, Siti kini bersedia untuk melancarkan album terbarunya pada pertengahan Mac ini. Bakal memuatkan 10 buah lagu, Siti sedang giat menjalani persiapan bagi melengkapkan proses rakaman album terbarunya.

"Saya sudah merakamkan lima buah lagu. Sekarang saya fokus untuk konsert amal ini & selepas ini saya akan masuk kembali ke dalam studio rakaman untuk merakamkan lima buah lagu lagi. Insya-Allah jika tiada aral melintang, album tersebut bakal menjengah pasaran pada pertengahan bulan Mac ini," ujar Siti sewaktu ditemui di sidang media usai persembahan 'Dato' Siti Nurhaliza Live in Concert - Where The Heart Is', di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.


Ketika mengulas tindakannya yg berinteraksi dengan peminat menerusi Twitter untuk mereka memilih lagu apa yg sepatutnya disampaikan pada konsert amal ini, Siti menjelaskan yg dari dulu lagi dia sudah mengguna pakai pendekatan sebegitu.



"Saya harus menilai apa yg peminat mahukan untuk saya sampaikan menerusi sesuatu persembahan ataupun konsert. Jika sebelum ini saya bertanya mereka secara senyap-senyap sahaja, kali ini saya tanya secara terang-terangan kepada mereka menerusi Twitter. Ramai yg memilih lagu 'Kesilapanmu Keegoanmu' untuk saya persembahkan," tutur Siti lagi.

Mengulas mengenai sebuah segmen ala drama muzikal yg mengimbau kenangan perjalanan karier Siti sebelum melangkah ke dunia hiburan sehinggalah menjadi seorang penyanyi tersohor seperti sekarang, Siti mendedahkan yg dia memang mempunyai niat tersendiri untuk mementaskan mengenai perjalanan hidupnya kelak.

"Setiap kali saya adakan konsert, saya lakukan persiapan terlebih dahulu. Antaranya, saya melihat video-video persembahan konsert artis luar negara untuk mendapatkan inspirasi. Menjelaskan mengenai persembahan ala drama muzikal, saya akui, saya mempunyai idea untuk mementaskan teater muzikal di Istana Budaya, tapi semuanya masih dalam perancangan," ujar Siti mengakhiri perbualan.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Pementasan Datuk Siti Berkaitan Kehidupannya"
Back To Top