malaynews1. Powered by Blogger.

Maya Karin Tidak Akan Kahwin Tahun Ini




UMUM tahu pelakon jelita Maya Karin sudah pun mempunyai kekasih hati yg sehingga kini masih dirahsiakan identitinya.

Khabarnya, jejaka itu tidak berada di Malaysia. Pendek kata, cinta jarak jauhlah.

Oh ya, jika anda fikir Maya akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi, anda silap!

Ini kerana tahun 2014 bukanlah tahun yg diharapkan oleh pelakon ini untuk berkahwin.

“Tahun 2014 ini saya fokuskan pada kerja dahulu. Saya memang tak nampak apa-apa harapan untuk berkahwin pada tahun ini.

“Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin tahun hadapan atau mungkin tahun seterusnya. Saya tak letak target.

“Saya dah cukup melalui kehidupan untuk sedar yg kita cuma mampu merancang. Sekarang ni saya hanya mahu mengikut arus,” jelas Maya

Hai, nampaknya lambat lagilah untuk peminat mengetahui siapakah gerangan jejaka itu.

Mungkin kali ini Maya tak mahu terburu-buru & kalau boleh biarlah mahligai yg mahu dibina buat kali kedua nanti akan kekal hingga ke akhir hayat.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Maya Karin Tidak Akan Kahwin Tahun Ini"
Back To Top