malaynews1. Powered by Blogger.

Komen Datuk Siti Berkaitan Tiru Lagu Rihanna

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan single baharunya yg berjudul ‘Jaga Dia Untuk Ku’ diciplak bulat-bulat daripada lagu ‘Russian Roulette’ nyanyian penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna.


Bagaimanapun Siti mengakui rentak lagu tersebut diinspirasikan daripada lagu penyanyi popular masa kini termasuk Rihanna & Pink.

“Siti tidak pernah mendengar lagu tersebut (‘Russian Roulette’) sebelum ini & adalah lebih baik untuk merujuk pada Aubrey Suwito berkenaan perkara ini kerana dia yg mencipta single ‘Jaga Dia Untuk Ku’.

“Mungkin secara kebetulan, rentak, tempo dan bunyinya kedengaran seakan sama tapi melodi berbeza. Bukan mahu tiru 100 peratus tapi dijadikan inspirasi.

Rasanya tidak timbul isu berkaitan menciplak lagu-lagu penyanyi lain & Siti tidak akan sesekali berbuat demikian,” jelasnya seperti yg dilaporkan akbar Kosmo!

Baru-baru ini Siti menyanyikan yg ciptaan Aubrey Suwito ketika konsert amal Live in KLCC Where The Heart Is. Menurut Siti lagu tersebut menceritakan tentang suami beliau, Datuk K.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Komen Datuk Siti Berkaitan Tiru Lagu Rihanna"
Back To Top