malaynews1. Powered by Blogger.

Izreen Azminda Dan Watak Jahatnya



 Pelakon Izreen Azminda menganggap watak antagonis yg sering diberikan kepadanya mampu memberi impak kepada kerjayanya terutama dari segi populariti.

Izreen, 29, menjelaskan, watak sedemikian lebih meninggalkan kesan kepada penonton selain mudah diingati.

“Apabila saya membawakan watak wanita jahat dalam drama lakonan saya ia pasti akan mendapat perhatian peminat & maklum balas yg diterima menerusi laman sosial seperti Twitter & Instagram cukup banyak.

“Ini jelas membuktikan bahawa peranan sedemikian mampu memberi kesan kepada pelakon dalam meningkatkan populariti mereka sebagai,” katanya.

Jelasnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila sering diberikan peranan sedemikian kerana ia mampu menarik perhatian penonton & peminat.



Bagaimanapun kata Izreen, dia seboleh-bolehnya mahu mempelbagaikan watak dalam drama-drama lakonannya kerana enggan dilihat sebagai pelakon stereotype.

“Setakat ini Alhamdulillah tidak semua tawaran yg diberikan kepada saya hanya peranan wanita jahat kerana banyak juga watak lain yg sudah saya bawa.

“Cuma peranan antagonis akan mendapat perhatian lebih banyak daripada peminat sehingga ada yg mengecam saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Izreen berkata, dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 26 kilogram daripada 80 kilogram semenjak melahirkan anak sulungnya, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai tahun lalu.

Jelas Izreen, selain ingin menjaga kesihatan, dia berusaha untuk menurunkan berat badan kerana bimbang tidak akan mendapat tawaran berlakon ditambah pula dengan persaingan yg sengit.

“Berat saya sekarang hanya 54 kilogram sahaja hasil daripada senaman & semenjak bersalin saya langsung tidak makan nasi bagi mempercepatkan proses penurunan berat badan & jika teringin, saya hanya akan ambil dalam kuantiti sedikit,” jelasnya.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Izreen Azminda Dan Watak Jahatnya "
Back To Top