malaynews1. Powered by Blogger.

Artis Popular Di Rasuk Di Istana Budaya






Mungkin ada yg tidak percaya dengan perkara seperti ini & mungkin ada juga yg pernah mengalami sendiri pengalaman dirasuk makhluk halus.

Semalam, sebuah portal hiburan telah menerima panggilan dari seorang teman lama yg telah pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Bidasari.

Menurut teman lama ini, ketika teater Bidasari sudah berlangsung hampir satu jam, tiba-tiba sahaja Fathia kelihatan lain dari yg lain. Menurutnya, pada awal pementasan, pelakon berbakat ini sudah menunjukkan tanda-tanda lemah & tidak bermaya.




Selepas hampir satu jam persembahan berlangsung, kru produksi yg sedar dengan keadaan itu segera menarik Fathia keluar dari pentas & ditukarkan dengan pelakon ganti sebelum pementasan dihentikan selama 15 minit untuk berehat.

Ketika dibelakang pentas, Fathia dikatakan menjerit-jerit sehingga menakutkan pelakon yg lain. Bagaimanapun, kekasih Aiman ini kembali ke atas pentas selepas pulih di waktu rehat.

Menurut sumber-sumber terapat lagi, sehari sebelum Bidasari dipersembahkan kepada orang ramai, kru pentas telah melihat Fathia sedang mengamuk diatas pentas pada jam 2 pagi. Namun, selepas diselidiki, rupanya Fathia sudah pun pulang kerumah selepas habis menjalani latihan.



Ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada kru & juga pelakon teater yg lain. Apa pun, kita nantikan kenyataan dari Fathia sendiri selepas ini.

Bagi yg tidak tahu, Bidasari adalah pementasan teater berlatarbelakangkan zaman klasik & dahulukala. Pelakon asal karya ini yg diadaptasi dari filem arahan Datuk Jamil Sulong ialah seniwati Datuk Sarimah Ahmad & Tan Sri Jins Shamsudin.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Artis Popular Di Rasuk Di Istana Budaya "
Back To Top