malaynews1. Powered by Blogger.

Amy Jadi Hos Abpbh





  Penyanyi & pelakon Amy Mastura sedia menerima kritikan apabila diumumkan sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bersama Fara Fauzana.

Ia bakal berlangsung pada 6 April depan di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang.

Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi, 42, berkata, kali terakhir dia mengacarakan acara besar adalah Anugerah Juara Lagu (AJL) 15 tahun lalu bersama Datuk Aznil Nawawi & mengakui gementar untuk mengemudi program tersebut.

"ABPBH adalah sebuah anugerah yg popular & ditonton ramai & sudah tentu saya gementar kerana sudah lama tidak mengacarakan program besar seperti anugerah itu.

"Biarpun gementar tetapi saya sahut cabaran itu & saya yakin dapat memberikan persembahan terbaik atas kepercayaan pihak penganjur kepada saya," katanya kepada mStar Online.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Amy Jadi Hos Abpbh "
Back To Top