malaynews1. Powered by Blogger.

Almy Nadia Tidak Sabar Untuk Kahwin






BENARLAH pepatah, kalau jodoh tak akan ke mana. Cinta itu akan hadir tanpa dipaksa. Apabila sudah bertemu jodoh & cinta berbalas, pengakhirannya pasti untuk disatukan.

Penantian lapan tahun setelah pelbagai onak & duri yg dilalui, wanita ini sudah tentu sedang menghitung hari bahagia.

Nampaknya dugaan, ujian & kontroversi yg melanda perhubungan mereka selama ini tidak dapat memadamkan bara cinta di dalam hati masing-masing. Inilah namanya jodoh.

Seperti yg dimaklumkan kepada media oleh kekasihnya yg merupakan seorang pelakon, tarikh pernikahan adalah pada 30 Mei ini & sehari selepas itu majlis resepsi pula akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di negeri kelahirannya, Pulau Pinang.

Tarikh itu bakal mengubah seluruh kehidupan pelakon Almy Nadia atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28. Sekali gus dia berharap agar dapat memadam semua spekulasi sebelum ini.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Almy Nadia Tidak Sabar Untuk Kahwin"
Back To Top