malaynews1. Powered by Blogger.

Kristen Stewart Berhabis RM6.64 Juta



Kristen Stewart Berhabis RM6.64 Juta

Dikhabarkan hubungan yang retak diantara Kristen Stewart dan Robert Patttinson kini sudah pulih.

Tetapi tidak tahu pula sejauh mana kesahihan berkenaan kerana ramai yang masih berteka-teki dengan status hubungan mereka.

Dalam pada itu, menurut beberapa laporan, Kristen dalam diam-diam telah membeli sebuah rumah mewah berharga AS$2.19 juta (RM6.64 juta).

Ia terletak kira-kira 2.7 kilometer daripada rumah kediaman bekas kekasihnya itu.

Nampaknya, Kristen benar-benar tidak mahu berjauhan dengan Pattinson.

Dia mahu memastikan jika benar hubungan mereka telah berakhir, dia ada tempat berteduh selain dapat terus melihat Pattinson walaupun dari jauh.

RealEstalker melaporkan Kristen membeli kediaman berkeluasan 3361 kaki persegi di Los Angeles itu di kawasan kejiranan Los Feliz pada Ogos lalu.

Ia mempunyai empat bilik tidur, empat setengah bilik air, kolam renang dan ruangan spa.

Ia juga mempunyai dapur dengan ruang makan di tengah-tengahnya dan dilengkapi kabinet kayu ala country.

Kristen dan Pattinson sebelum ini berkongsi kediaman di Los Feliz yang dibeli aktor terbabit pada September tahun lalu dengan harga $6.27 juta (RM19 juta).

Namun, selepas foto Kristen berpelukan intim dengan pengarah Snow White and the Huntsman tersebar, mereka telah berpisah.

Tetapi Kristen sudah berkali-kali memohon maaf dan mengakui kesalahannya.

Cuma tunggu jawapan dari Pattinson saja sama ada dia mahu menerima Kristen semula atau tidak.

Related Post:

0 Komentar untuk " Kristen Stewart Berhabis RM6.64 Juta"
Back To Top