Di Jepun, kita akan jumpa macam-macam perangai pelik di kalangan rakyatnya.
Salah satu yang penulis temui hari ini ialah coli atau bra untuk lelaki.
Dalam pelbagai bentuk dan warna OK!
Mulanya penulis ingat ia hanyalah lawak bodoh, namun rupanya ada
banyak laman web yang menjual bra lelaki secara tersusun dan
profesional.
Ia mula dijual oleh syarikat Wishroom mulai tahun 2008 dan dikatakan mendapat permintaan luar biasa banyak.
Satu persoalan….apa perlunya benda ini dipakai lelaki? Apa yang hendak disokong itu?
Ada yang berkata, ia kononnya membawa sifat wanita dari dalam diri lelaki…apa sajalah labu!
Tag :
berita dunia,
Cerita Menarik
0 Komentar untuk "Jepun Jual Bra Lelaki…Untuk Apa? "