malaynews1. Powered by Blogger.

Saya Tetap Pertahan 3 Emas Olimpik Di Rio: Bolt

Saya Tetap Pertahan 3 Emas Olimpik Di Rio: Usain Bolt

AUCKLAND – Raja pecut Olimpik, Usain Bolt menyasarkan matlamat untuk mempertahankan tiga pingat emas yang dirangkulnya apabila bersaing pada temasya berprestij berkenaan di Rio de Janeiro berbanding beralih kepada sukan lain.
Pemenang enam pingat emas dari Jamaica itu berkata, jurulatih ingin melihatnya menyertai acara 400 meter tetapi Bolt yang bimbang terhadap bintang meningkat naik seperti rakan sepasukan, Yohan Blake, berhasrat mencuba acara lompat jauh.
Bolt, 26 berkata, dirinya sudah mencapai status “legenda” selepas menjadi manusia pertama mengekalkan pingat emas 100 dan 200 meter Olimpik ketika di London dan dia perlu mencapai satu lagi matlamat.
“Soalnya sekarang ialah bertanding dan cuba mempertahankan gelaran saya. Saya tidak mahu mencuba sebarang acara lain di Rio,” katanya pada acara promosi di sini. – Reuters.
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "Saya Tetap Pertahan 3 Emas Olimpik Di Rio: Bolt"
Back To Top