malaynews1. Powered by Blogger.

Kutipan Cecah RM3 Juta, Filem Hantu Kapcai Dilanjutkan Tayangan


Setelah gagal dengan filem 29 Februari, KRU Studios boleh tersenyum girang apabila kutipan filem Hantu Kapcai terbitannya kini sudah pun mencecah RM3 juta. Ekoran sambutan hangat ini, tempoh tayangan filem ini telah pun disambung untuk tempoh seminggu lagi.
hantu kapcai
Admin masih tak sempat menonton filem Hantu Kapcai kerana terlalu sibuk menjaga anak. Namun daripada apa yang didengar, filem ini kelakarnya memang tahap tertinggi. Malah ada orang kata yang karekter Fizz Fairuz lebih kelakar daripada hero filem ini, Zizan. Mungkin ada di antara anda yang dah tengok. Silalah bagi pendapat anda di ruangan komen.
hantu kapcai
Apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam filem Hantu Kapcai ini. Ternyata di sebalik kesuraman kutipan filem tempatan, Hantu Kapcai membuktikan yang penonton masih mahu ke pawagam sekiranya cerita yang ditayangkan menarik. Semoga kutipan filem Hantu Kapcai akan mencecah RM5 juta seperti yang diharapkan oleh KRU Studios.
0 Komentar untuk "Kutipan Cecah RM3 Juta, Filem Hantu Kapcai Dilanjutkan Tayangan"
Back To Top