malaynews1. Powered by Blogger.

England, Jerman & Sepanyol Menang Besar

Menang Besar

England mengambil sedikit masa sebelum meraih kemenangan 5-0 ke atas pasukan kerdil, San Marino di Wembley tatkala Jerman mudah membenam Ireland 6-1 dan Sepanyol menumbangkan Belarus 4-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 1014, awal pagi tadi.
Wayne Rooney selaku kapten England membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti minit ke-35 sebelum Danny Welbeck menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-38.
England hanya menambah tiga lagi gol pada lewat babak kedua menerusi Rooney (69), Welbeck (71) dan Alex Oxlade-Chamberlain (77).
Ireland tumbang di laman sendiri apabila tidak mampu menahan enam ledakan Jerman menerusi Marco Reus (32 & 40), penalti Mesut Ozil (55), Miroslav Klose (58) serta Toni Kroos (61 & 83).
Gol saguhati Ireland dijaringkan Andrew Keogh pada masa kecederaan.
Sepanyol turut gah di gelanggang lawan apabila dengan mudah gawang Belarus dirobek menerusi hatrik Pedro (20, 69 & 72) selepas Jordi Alba membuka pesta gol pada minit ke-12.
Lain-lain keputusan antaranya menyaksikan Armenia tumbang 1-3 kepada Itali, Belanda menewaskan Andorra 3-0 manakala Russia menang 1-0 ke atas Portugal. – mynewshub.my



Tag : Sukan
0 Komentar untuk "England, Jerman & Sepanyol Menang Besar"
Back To Top