malaynews1. Powered by Blogger.

Beijing Pantau Pencemaran Kualiti Udara

Kualiti Udara

Beijing – Pihak berkuasa di Beijing sudah menyiapkan rangkaian pemantau mengukur kualiti udara di bandar raya itu secara tepat, selepas menerima laporan kedutaan Amerika dan tekanan daripada orang awam.
Pusat Pemantauan Alam Sekitar Majlis Tempatan Beijing berkata, 15 pusat pemantauan sudah mengeluarkan data semasa membabitkan partikel yang dikenali sebagai PM2.5.
“Partikel pencemaran berkenaan boleh masuk jauh ke dalam paru-paru, berikutan itu pengukuran bahan ini lebih tepat untuk menentukan kualiti udara berbanding kaedah lain,” kata pusat berkenaan.
Tekanan keatas kerajaan semakin meningkat untuk menghasilkan laporan itu, selepas Kedutaan Amerika mula menyiarkan bacaan paras PM2.5 di bahagian bumbung bangunannya di Twitter.
Beijing mula mengeluarkan data PM2.5 Januari lalu dan setakat ini mereka mempunyai 35 stesen pemantauan. – AP
Tag : berita dunia
0 Komentar untuk "Beijing Pantau Pencemaran Kualiti Udara"
Back To Top