Hulu Selangor: Seorang penunggang
motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia dalam keadaan seperti bersujud
selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Sungai
Buaya, di sini, 5 petang semalam.
Mangsa,
Amirruddin Yaakub, 38, yang bekerja di kilang kenderaan di Sungai Choh
di sini, bergesel dengan lori menyebabkan motosikal ditunggang terbabas.
Jurucakap polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya,
mangsa dipercayai terbabas selepas cuba memotong lalu bergesel dengan
lori yang mahu memasuki simpang Taman Kosaso di sini.
“Mangsa yang menghala ke Sungai Buaya hilang kawalan dan terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
0 Komentar untuk "[WAJIB BACA] Ajaib: Meninggal Dunia Seperti Bersujud"