Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.
Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja 'Beer percuma'.
'Beer, beer, beer!'
Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu
dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air
syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.
Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak
minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu
di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya
sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,
"Betul ke awak ini lebih 18 tahun?"
Budak itu jawab, "YA!"
Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini
meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa
orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang
lain yang ramai Islam.
Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak
bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang
daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK..
Biasa saja dia meneguk benda tu.
Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan
arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat
demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di
tangannya.
Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli
Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat
pekak.
Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga
walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah
masanya balasan Allah.
Kredit: Kamaruzaman Jaffar.
0 Komentar untuk "[MESTI BACA] MAS Dikritik Terus Kerana Hidang Arak Di Bulan Ramadhan"