malaynews1. Powered by Blogger.

Iri Hati Punca Ac Mizal Tubuh Stesen TV & Radio Sendiri?

Iri Hati Punca Ac Mizal Tubuh Stesen TV & Radio Sendiri? | Krisis dan Iri hati pelawak lain jadi punca Ac Mizal tubuhkan stesen televisyen dan radio sendiri? 


Iri Hati Punca Ac Mizal Tubuh Stesen TV & Radio Sendiri?


“Kalau nak cakap sama ada ketidak puasan hati (pihak tertentu) wujud atau tak, bagi saya itu perkara biasa dalam mana-mana kerja pun. Tapi apa yang boleh dikatakan, tak ada masalah yang serius timbul.” kata Ac Mizal tentang krisis yang kononnya wujud antara dia, pelawak dan sebuah stesen TV baru-baru ini.

AC Mizal mengakui tidak menyedari mengenai salah faham yang didakwa itu kerana dia tidak pernah mencetuskan masalah dengan mana-mana pihak ketika bekerja.

“Itu (dakwaan) tak jadi masalah bagi saya. Mungkin ada yang timbul tapi saya tak pasti kalau ia benar-benar berlaku. Saya tak tahu cerita apa semua yang berlaku sebab saya hanya fokus pada kerja saja bila datang bekerja.

“Masalahnya dalam hal itu saya tak tahu siapa (pelawak) yang dimaksudkan itu. Saya anggap mereka macam adik sendiri jadi agak peliklah kalau orang yang dianggap sebagai adik ini mempunyai konflik atau tak puas hati sehingga menimbulkan masalah pula,” katanya.

Sumber mendakwa, antara faktor menyebabkan hos Maharaja Lawak Mega ini mengambil keputusan menerajui perniagaan stesen televisyen dan radio digital miliknya bermula Mac depan kerana dia berkecil hati dengan sebuah stesen televisyen ekoran salah faham dengan seorang pelawak lelaki.

Difahamkan, pelawak terbabit menimbulkan kekecohan dan mengadu domba kepada pihak atasan stesen televisyen terbabit sehingga menjejaskan hubungan baik AC dengan stesen itu.

AC dipercayai mulai jauh hati dengan stesen berkenaan dan merenggangkan hubungan selepas komitmen sebagai hos sebuah rancangan terbitan stesen itu selesai, baru-baru ini.

Tambah AC lagi, dia tidak mengetahui secara terperinci mengenai dakwaan itu kerana sibuk dengan persiapan memulakan operasi stesen televisyen dan radio digital miliknya kebelakangan ini.

“Di pihak saya tak ada isu pun dengan sesiapa. Saya tak tahu secara terperinci kalau betul-betul wujud. Cuma ada juga dengar dan difahamkan memang ada (isu) tapi saya tak ada masalah dengan mana-mana pihak.

“Sebab saya sendiri pun sibuk dengan persiapan bisnes. Yang saya tahu hanya buat kerja dan balik. Kalau nak kata saya diketepikan atau bawa diri, itu tak timbul rasanya.

“Saya ceburi bisnes baru ini pun sebab nak meluaskan empayar daripada pengalaman dan kemahiran saya dalam bidang ini (seni). Ia langsung tak ada kaitan dengan kecil hati atau konflik dengan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, AC berkata, stesen televisyen dan radio digital bahasa Malaysia, Peace Yo FM itu akan mula bersiaran di Internet pada pertengahan Mac ini.

“Buat masa ini kita mula dulu dengan tv dan radio digital untuk pasaran Cina iaitu On FM sejak lima bulan lalu untuk uji sistem dan operasi.

“Kandungan dan persiapan untuk stesen bahasa Malaysia juga sudah hampir lengkap dan sedia untuk bersiaran pada pertengahan bulan depan,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/32990

View the original article here

0 Komentar untuk "Iri Hati Punca Ac Mizal Tubuh Stesen TV & Radio Sendiri?"
Back To Top