malaynews1. Powered by Blogger.

Aisyah Aziz Dikritik Berkelakuan Kurang Sopan Di AIM21


Memang tak sah kalau tak de isu panas pada mana-mana majlis berprestij hiburan kan. Mesti ada je mata yg memandang untuk jadikannya sesuatu hot gossips.

Selepas isu Azhael dikritik netizen gara-gara melompat di pentas AIM21, Aisyah Aziz pula dikatakan berkelakuan agak over pada malam yg sama.

Kenapa ek? Macam ingat-ingat lupa la pula. Huhuhu. 

Ketika melaksanakan tugas sebagai penyampai anugerah bagi kategori ‘Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu’ bersama abangnya Aliff Aziz, Aisyah dikatakan bertindak secara kurang sopan apabila secara tak sengaja dia mengeluarkan kata-kata ‘tak nak lah’.



Aisyah memberi respon kepada penonton yang cuba meneka Sleeq dan Joe Flizzow menerusi lagu ‘Tepi Sikit’ sebagai pemenang. Ooppss apa ni, tersasur ke? Hehehe.

Mungkin Aisyah tidak terniat untuk menyebutnya atau mungkin sekadar bergurau. Bagaimanapun, perbuatannya benar-benar memberi impak terutama kepada para peminat Sleeq dan Joe Flizzow.

Bukan tu je tau, Aisyah didakwa melompat bersama artis Hael (anggota duo Azhael) ketika menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi kategori ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)’. Maka laman sosial pun dibanjirilah dengan pelbagai kritikan dan teguran.







Namun, Aliff Aziz telah pun meminta maaf semasa siaran secara langsung di mana melihat kelakuan adiknya itu yang agak gugup dan tidak keruan berada di pentas.

Mungkin sebab tu yang Aisyah jadi ter-over kan. Mana tak nervous dek oii atas pentas berprestij dengan ramainya mata memandang dan telinga mendengar.



Sumber artikel: gosipmalaysia.com.

 

0 Komentar untuk "Aisyah Aziz Dikritik Berkelakuan Kurang Sopan Di AIM21"
Back To Top