malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK TAPI BENAR!!! Makan serangga untuk kurus






BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yg kini menetap di Thailand mendakwa, dia berjaya mengurangkan berat badannya selepas mengamalkan memakan serangga.



Lelaki itu, Jason Brink, 29, berkata, dia mengamalkan makan serangga selepas secara tidak sengaja memakan haiwan berkenaan di sebuah kelab malam di sini beberapa bulan lalu.



Sejak kejadian itu, Brink terus menjadikan serangga termasuk tebuan dan semut sebagai antara menu dalam dietnya selepas mendapati makanan itu mempunyai kandungan protein yg tinggi serta sihat.



“Saya tidak makan makanan yg mempunyai lemak yg tinggi sebaliknya memakan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis serangga.



“Sejak beberapa bulan lalu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak beberapa kilogram dan berasa semakin sihat,” katanya.



Menurutnya, serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan kalori yg rendah sekali gus membantu seseorang itu mengurangkan berat badan, lapor Agensi.



 

0 Komentar untuk "PELIK TAPI BENAR!!! Makan serangga untuk kurus"
Back To Top