malaynews1. Powered by Blogger.

KISAH BENAR!!!Sedihnya!Video Ayah Nyanyikan Lagu Buat Bayinya Yang Nazak Jadi Viral







Sebuah rakaman video penuh hiba yg menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu Beatles kepada bayinya yg bergelut dengan kematian kini menjadi viral di media sosial.



Kisahnya itu bertambah pilu apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan.



Chris Picco menyanyikan lagu “Blackbird” sambil memetik gitar di sebelah inkubator yg menempatkan anaknya di wad bersalin.



Bayinya yg dinamakan sebagai Lennon itu dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahan Caesarean minggu lalu.



Bayi lelaki tersebut dilahirkan di usia 24 minggu pada 8 November, hari yg sama nyawa isterinya gagal diselamatkan.






Lennon hidup selama tiga hari di wad bersalin Hospital Universiti Loma Linda yg terletak di luar Los Angeles dan meninggal dunia pada 11 November.



Sehingga semalam, video tersebut telah ditonton lebih daripada setengah juta kali dan puluhan ribu tontonan dicatatkan bagi setiap beberapa minit.




Pada laman web yg ditujukan khas buat isteri dan anaknya, tertera kata-kata: “Nyawa Ashley yg disayangi berakhir minggu lalu dengan penuh tragik dan kepiluan. Bayinya juga hanya bertahan beberapa hari selepas itu.”Jurucakap keluarga berkenaan, Brett Walls, memberitahu AFP: “Dalam tempoh beberapa hari ini, Chris akan menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman dan komuniti di kala dirinya dilanda hiba.”





“Dia menggunakan lagu tersebut yang amat mesra pendengar. Dia juga menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dalam usaha membawa ketenangan dan penyembuhan kepada golongan yang sedang menderita,” ujarnya dalam satu e-mel.

 


PEJAMKELIP

0 Komentar untuk "KISAH BENAR!!!Sedihnya!Video Ayah Nyanyikan Lagu Buat Bayinya Yang Nazak Jadi Viral"
Back To Top