malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR!!! Punca sebenar Siti Saerah diceraikan talak tiga?



Masihkah anda ingat dengan gosip yg baru-baru ini kami sampaikan mengenai 

adik kepada penyanyi popular yg khabarnya akan bercerai?

Namun berita terkini yg berlegar di dunia hiburan tempatan nampaknya lebih 

hangat apabila artis terbabit iaitu Siti Saerah rupanya dikatakan telahpun bercerai

talak tiga! Tiada sefahaman dikatakan menjadi punca penceraian itu.

Ketika dihubungi media, Siti Saerah bagaimanapun enggan mengulas soal itu kerana

lebih selesa untuk tidak berkongsi apa apa buat masa ini. 

"Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati 

banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat," ujarnya melalui khidmat pesanan 

ringkas (SMS)kepada media. 

Tambah Saerah, apa yg berlaku biarlah dia, Saiful dan Tuhan saja yang tahu. 

Mungkin jodoh mereka setakat itu saja. Dia perlu tabah dan reda dengan segala 

ketentuan Allah dan menyifatkan apa yg berlaku ada hikmahnya.

Untuk info, Saerah dan Saiful Anuar Ahmad Shafie berkahwin pada 27 Oktober
2010.Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad
Daiyan,2, dan terkini seorang bayi berusia 10 bulan iaitu Ahmad Aisy. 

Apa yg menarik, dalam laman sosial Saerah, Siti Nurhaliza turut berkongsi 
kata-kata semangat dengan adiknya. Beliau meminta agar Saerah tabah menghadapi 
ujian. 

"Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yg
terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya.

 "Buat @sairahtarudin, adikku bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada 

Allah. Insyaallah semuanya tenang,” tulisnya 
0 Komentar untuk "GEMPAR!!! Punca sebenar Siti Saerah diceraikan talak tiga?"
Back To Top