malaynews1. Powered by Blogger.

SKETSA-SEKSA!!! Pengacara TV Popular Dipecat, Dedah Dada Semasa Bersiaran Langsung




Pengacara stesen televisyen Turki, Gozde Kansu dipecat selepas seorg jurucakap Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) mengkritiknya kerana memakai baju berpotongan leher rendah di televisyen.

Huseyin Celik mengkritik pakaian penyampai tv itu ketika siaran program “Veliaht” namun tidak menyebut namanya.

Bagaimanapun, Huseyin berkata dia menganggap pakaian itu “ekstrim” kerana ia menonjolkan belahan dada.


Kita tidak masuk campur sangat terhadap sesiapa, tetapi ini agak keterlaluan.Ia tidak boleh diterima, katanya dalam laporan Hurriyet Daily News.

Berikutan kenyataan Huseyin, ia didedahkan bahawa pengacara itu ialah Gozde Kansu, dan khabar angin tersebar dia telah dipecat.

Penerbit program itu berkata Gozde mungkin tidak akan ambil bahagian dalam program minggu depan disebabkan “jadualnya yg sibuk.”

Pemecatan Gozde disahkan selepas itu.

Huseyan berkata ia adalah hak asasinya untuk melontarkan pandangannya sebagai seorang individu, penonton dan ahli politik.


“Saya tidak pernah menamakan program atau individu terbabit,” komennya dalam akaun Twitternya.

“Pihak media yg mendakwa nama-nama tertentu,” tambahnya.

 

0 Komentar untuk "SKETSA-SEKSA!!! Pengacara TV Popular Dipecat, Dedah Dada Semasa Bersiaran Langsung"
Back To Top