Bangkok: Mahkamah Hua Hin semalam menjatuhi hukuman mati ke atas seorang
lelaki atas kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis di dalam kereta api.
Hakim memutuskan Wanchai Sangkhao, 22, seorang pekerja syarikat kereta api
Thailand bertanggungjawab atas kejadian kejam dan menggemparkan negara itu
pada 5 Julai lalu.
Dia yg dinamakan sebagai defendan pertama dijatuhi hukuman mati kerana
Dia yg dinamakan sebagai defendan pertama dijatuhi hukuman mati kerana
membunuh, sembilan tahun penjara kerana merogol gadis bawah umur, lima tahun penjara kerana mencuri di dalam kenderaan awam dan tambahan setahun penjara
kerana menyembunyikan mayat.
Wanchai juga dihukum penjara enam bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Dalam perbicaraan Wanchai mengaku salah merogol pelajar Sekolah Satrinonthaburi
Wanchai juga dihukum penjara enam bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Dalam perbicaraan Wanchai mengaku salah merogol pelajar Sekolah Satrinonthaburi
yang baru berusia 13 tahun ketika mangsa sedang tidur dalam gerabak kereta api
ekspres dari Nakhon Si Thammarat ke Bangkok.
Berdasarkan siasatan Wanchai didakwa melakukan serangan seksual itu sebelum
Berdasarkan siasatan Wanchai didakwa melakukan serangan seksual itu sebelum
mencampak mangsa ke luar gerabak ketika kereta api bergerak.
Tindakannya itu menyebabkan mangsa terhempas ke tanah dan membawa kepada
Tindakannya itu menyebabkan mangsa terhempas ke tanah dan membawa kepada
kematiannya.Mayat gadis malang itu kemudian ditemui dalam keadaan mengerikan
berhampiran landasan kereta api.
Sebelum hukuman dijatuhkan Wanchai membuat rayuan dengan mengaku insaf atas
Sebelum hukuman dijatuhkan Wanchai membuat rayuan dengan mengaku insaf atas
tindakannya dulu tetapi ia gagal melembutkan hati hakim.Kata hakim, pengakuan
Wanchai tidak boleh dianggap ikhlas kerana ketika itu dia sebenarnya tidak mempunyai
pilihan lain ekoran bukti dikemukakan dalam perbicaraan sangat kukuh.
Defendan kedua, Nattakorn Chamnarn, 19, dijatuhi hukuman penjara enam tahun
Defendan kedua, Nattakorn Chamnarn, 19, dijatuhi hukuman penjara enam tahun
kerana bersekongkol melakukan jenayah kejam itu.
0 Komentar untuk "MALANG Di Noda Dalam Keretapi"