malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP Inilah Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman




Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi 

Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yg gagal menunaikan janji untuk membayar 

nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yg kini berusia enam tahun.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah

memberikan sebarang nafkah seperti mana yg diperintahkan mahkamah iaitu 

berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. 

Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang 

berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat 

demikian.

Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak 

dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online.

A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada 

Selasa.Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan 

saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah 

Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah

di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu 

dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah 

Islam antarabangsa yg berjumlah RM1,000 sebulan.

Hanya dua perkara sahaja yg saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi

kepentingan anak, itu sahaja," katanya.Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya

pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada 

membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan

untuk anak mereka.

Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang 

berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan

anak mereka.




Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun

lalu."Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal 

berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa 

memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul."Bagaimana saya ingin 

ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A.Aida.


Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya

itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk 

kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu.



"Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan

sekali," ujarnya.Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka

tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh 

sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik.

Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum 

ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.Sebelum 

berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis 

kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan

Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun.A.Aida juga pernah berkahwin dengan 

seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. 

Tulisan artikel milik penuh mStar.




 

0 Komentar untuk "GOSIP Inilah Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman"
Back To Top