malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP!!! Amboii.. kemain lagi Qi Razali & Nelydia Senrose bercuti di Krabi




Ada duit semua boleh jadi. Untung jadi selebriti ni kan? Tak perlu nak tunggu bonus berbulan-bulan untuk pergi bercuti sambil menikmati keunikan negara orang.

Begitu juga dengan pasangan sejoli, Qi Razali dan Nelydia Senrose yg kini sedang enjoy di Krabi. Setahu kami, ini bukanlah percutian pertama mereka kerana sebelum ini mereka juga pernah melancong ke London pada bulan Februari yang lalu.

Ha.. kali ini nampaknya mereka memilih pantai untuk relax-relaxkan minda. Sambil tu sudah tentu mereka mahu menikmati keindahan Krabi yg memang famous dengan kejernihan air lautnya kan.



Sebelum bermulanya pelbagai spekulasi nakal, Qi awal-awal lagi dah mewar-warkan bahawa dia bukan berdua sahaja, tetapi turut disertai oleh keluarga Nelydia.

Walaupun belum sah bergelar anak menantu, hubungan Qi dan ahli keluarga Nelydia sememangnya agak akrab. Kira memang menantu favourite lah nanti kot?









Yelah, kami pun ada terdengar juga bahawa mereka bakal mengikat tali pertunangan tak lama lagi. Baguslah begitu. Perkara yg elok rasanya memang molek disegerakan. Setuju tak?

 

0 Komentar untuk "GOSIP!!! Amboii.. kemain lagi Qi Razali & Nelydia Senrose bercuti di Krabi"
Back To Top