malaynews1. Powered by Blogger.

BENARKAH!!! Kisah Pengantin Bakar Bendera tersebar ke Israel dan ini Reaksi Mereka




Sebuah blog Israel iaitu elderofziyon.blogspot telah menyiarkan kisah pengantin Malaysia yg memijak dan membakar bendera Israel dengan menjadikan Astro Awani sebagai sumber berita mereka. Blog Israel yg boleh di akses di Sini itu baru menyiarkan berita itu hari ini tetapi telah menerima lebih 200 komen. Perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yg marah dengan tindakan itu.



Di bawah ini merupakan petikan berita perkahwinan pengantin itu yg admin petik dari sinarharian.com.

Terdahulu pasangan pengantin yg berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yg menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yg menghadiri majlis tersebut.
0 Komentar untuk "BENARKAH!!! Kisah Pengantin Bakar Bendera tersebar ke Israel dan ini Reaksi Mereka"
Back To Top