malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Zara Zya Enggan Komen Hubungan Mesra Bersama Fahrin Ahmad

Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yg dilihat semakin mesra hanya gosip biasa.


Zara Zya Enggan Komen Hubungan Mesra Bersama Fahrin Ahmad

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya.

Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara.

Malah ada beberapa gambar yg dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua.


Zara Zya Enggan Komen Hubungan Mesra Bersama Fahrin Ahmad

Dalam pada itu, usaha media untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yg mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu.

0 Komentar untuk "ARTIS Zara Zya Enggan Komen Hubungan Mesra Bersama Fahrin Ahmad"
Back To Top