malaynews1. Powered by Blogger.

INFO! Isteri Muda Panjangkan Umur Lelaki??


Lelaki akan panjang umur jika berkahwin dngan wanita muda. Perasaan bangga dan gembira pasti terbit dalam diri lelaki apabila dapat mengahwini wanita cantik, pintar dan muda.

Berdasarkan kajian di Denmark, didapati lelaki yg berkahwin dengan wanita yg usianya lebih muda akan hidup lebih lama. Keadaan ini berlaku sebaliknya, jika lelaki berkahwin dengan wanita yg umurnya jauh lebih tua daripadanya.

Risiko kematian dalam usia yg muda dapat berkurangan sehingga 5% jika lelaki itu berkahwin dengan wanita yg jarak usianya lebih muda 15 hingga 17 tahun daripadanya. Lelaki yg berkahwin dengan wanita lebih muda jarak usia antara 7 hingga 9 tahun daripadanya, risiko kematian mereka dapat dikurangkan sehingga 11%.


Usia wanita dengan jangka hayat suaminya saling berkait. Kerana wanita yg lebih muda daripada suaminya mampu merawat dan menjaga suaminya lebih baik. Perhatian dan jagaan yg baik dan sempurna daripada isteri menyebabkan lelaki berupaya hidup lebih lama.

Tag : Informasi, tips
0 Komentar untuk "INFO! Isteri Muda Panjangkan Umur Lelaki?? "
Back To Top