malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Masih ada Jodoh Antara Awie dan Erra Fazira untuk bersama?


Duaorang artis ini sememangnya pernah menggemparkan Malaysia dngan kisah cinta yg sangat hangat di Malaysia. Meskipun pasangan ini pernah disatukan dngan ikatan cinta suatu masa dulu, namun hingga kini vokalis Wings, Awie dan pelakon, Erra Fazira sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila ramai yg ingin melihat mereka bersama kembali. Mana taknya, kedua duanya sekarang berstatus janda dan duda, ramai peminat yg sangat berminat untuk melihat mereka berdua disatukan.

Semuanya gara-gara mereka dilihat seolah-olah sudah berjanji apabila mengenakn baju raya sedondon rona merah ketika hadir sama ke program Meletop Throwback Raya baru-baru ini. Ternyata keserlahan dua artis legenda ini menarik di dalam rancangan tersebut.

Awie yg ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian di Cyberjaya semalam menjelaskan ianya hanya kebetulan dan tidak disengajakan.





"Terus-terang saya dan Erra tidak berjanji untk hadir dengan pakaian dari rona yg sedondon dan kebetulan sahaja warna kami sama pada hari itu," kata Awie kepada portal murai mengenai insidennya yg memakai baju berwarna sama dengan Erra Fazira.

Mengulas mengenai komen peminat yg mahu melihat mereka bersama kembali, Awie memberitahu Erra berhak untuk mendapat lelaki yg lebih baik daripadanya namun Awie akui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah.

"Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu. Saya ada banyak kerja lagi yg perlu difikirkan tapi saya tidak akan menolak jika ianya jodoh daripada tuhan.

"Apa yg berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak.

"Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yg jauh lebih baik dari saya.

"Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT," jelasnya lagi.
Tag : Artis, gosip
0 Komentar untuk "ARTIS Masih ada Jodoh Antara Awie dan Erra Fazira untuk bersama?"
Back To Top