malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI MH17 SAH Terkena Peluru Berpandu

 Pakar ketenteraan mengesahkn bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu selepas mengkaji imej serpihan pesawat tersebut.


MH17 SAH Terkena Peluru Berpandu

Akhbar Financial Times memetik analisis pertahanan melaporkn, pihaknya mempunyai bukti kukuh untk mengesahkn bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu.

Pengesahan itu dibuat berdasarkn imej serpihan pesawat yg terbakar dan dipenuhi dngan lubang-lubang kecil berserta lubang besar di bahagian tengah.

Dua penganalisis pertahanan dan seorng bekas juruterbang tentera turut bersetuju imej serpihan tersebut yg dipercayai dari bahagian kiri pesawat berkenaan menunjukkn peluru berpandu dilepaskn ke arah kiri dan juga di bahagian depan.

Mereka mendakwa imej lubang besar tersebut disebabkn oleh letupan dari dalm pesawat ketika ia terbang pada ketinggian 10,000 meter di udara.

Penganalisis dari Institut Pengajian Antarabangsa London, Doughlas Barrie berkata, kerosakn pada pesawat tersebut jelas menunjukkn kesan 'letupan peledak berkuasa tinggi'.

"Kesan itu boleh diperoleh daripada penggunaan senjata yg dilancarkn menerusi pelancar peluru berpandu seperti yg dikesan memasuki Ukraine beberapa jam sebelum nahas berlaku," katanya.



Seorang lagi penganalisis, Justin Bronk dari Institut Perkhidmatan Kesatuan Diraja turut menyatakn bahawa MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara (SAM) yg dilepaskn daripada pelancar BUK.

"Kesan lubang yg terdapat pada serpihan MH17 konsisten dngan kesan tembakan SAM. Bagaimanapun, sukar untk meneliti dan mengenal pasti kesemua paten letupan berdasarkn serpihan yg kecil," ujarnya.

Seorang pesara juruterbang tentera yg enggan dikenali menjelaskn bahawa kerosakan pada MH17 sama seperti kerosakan akibat diserang roket.

Peluru berpandu antipesawat direka untk meletup berhampiran pesawat, menyebabkn pembentukan serpihan panas yg banyak sekali gus memusnahkn badan pesawat. - AGENSI

0 Komentar untuk "TERKINI MH17 SAH Terkena Peluru Berpandu"
Back To Top