
Bercinta itu indah. Dek kerana di lamun cinta, kekurangan pasangan bukanlah menjadi suatu hal yg besar. Dengan sedikit penelitian, dengan sedikit siasatan, insha Allah pasti kita akan menemui jodoh yg terbaik.
Berikut merupakan sebab mengapa harus berpisah dengan pasangan kita. Memandangkan Yumida seorang perempuan, so ianya khas ditujukan buat lelaki.
4 Sebab Mengapa Lelaki itu Harus Ditinggalkan!
1. Tiada kesungguhan
Lelaki yg tidak serius dalam melakukan sesuatu mempunyai prinsip yg tidak tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan bermacam lagi. Dalam hubungan, mereka akan sentiasa bersikap sambil lewa. Tidak benar-benar mahu melaksanakannya. Contohnya, suatu hubungan telah terbina sekian lama. Apabila berbicara soal kahwin, mereka akan mengelak.

Mencipta berbagai alasan. Sebab musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yg serius dalam perhubungan, akan mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan duit, mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita, membiarkan kita dengan perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yg bertepuk sebelah tangan, tapi dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh. Terdetik di hati, siapa kita dalam hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta dengan lelaki yg tidak serius dalam perhubungan?
2. Lelaki bermulut murai
Mereka yg suka bercakap, bercakap dan bercakap. Bercakap benda yg tidak berfaedah. Kengkadang apa yg dituturkan tiada mesej. Umpama bercakap benda yang sia-sia. Orang sebegini jenis yg bukan suka mendengar. Menurut sebuah hadis, lelaki yg banyak bercakap, keras hatinya. Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Hanya mahu pendapat dirinya sahaja diterima. Jadi bagaimana dengan pendapat orang lain?

Pentingnya dalam perhubungan untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Mendengar apabila pasangan kita meluahkan perasaannnya, meluahkan masalahnya..agar sama-sama mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis yang banyak bercakap juga tak mahu mendengar pendapat orang lain, hancuslah perhubungan kita. Itu baru couple, kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran, dugaan dan masalah yang menimpa. Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan mencari pengganti seorang pendengar yg baik.
3. Suka mengungkit
Pasti sakit hati kita apabila pasangan kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang pemberiannya, mengungkit akan wang yg telah dibelanjakan olehnya, mengungkit akan pengorbanan masa dan tenaga mereka dan sebagainya. Lelaki yang suka mengungkit membuatkan kita berasa tidak dihargai.

Rasa tersinggung..semestinya! Membuatkan kita sentiasa berkecil hati. Sanggupkah kita hidup bersama lelaki yang suka mengungkit??? Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengikhlaskan setiap perbuatannya. Ikhlas akan pemberiannya, pengorbanannya. Isu ungkit-mengungkit tidak akan timbul. Pasti membina hubungan yang bahagia. Umpama kata pepatah ‘give and take’. Yang sorang bagi, yg sorang lagi menerimanya. Pasangan anda jenis suka mengungkit? Tidak ikhlas dalam perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda menemui pasangan yang ikhlas berkorban demi mencintai anda.
4. Lelaki yang panas baran
Menyeramkan bila kita mendapati pasangan kita seorang yg panas baran. Tidak boleh tersilap sedikit, habis barang-barang menjadi tempat meluahkan kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling handphone. Huish…dahsyat!

Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya. Bukan sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan marahnya tapi badan kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap isteri sekarang ni makin meningkat. Jika kita mengesan adanya sikap panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan. Biar hati kita kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka berdarah dek tempias kemarahan.
Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Harus diingat, segala tindakan adalah daripada kita sendiri. Pilihan ada di tangan kita. Pilihlah keputusan yang tepat dan betul dalam mencari calon suami, yg mana peneman hidup kita sehingga ke hari tua nanti. Selamat bercintan cintun :)
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Mengapa Lelaki Perlu Ditinggalkan"