malaynews1. Powered by Blogger.

Uqasha Senrose Sah Bergerak Solo

Sebelum ini dikhabarkan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah mula membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.


Dan sememangnya itu satu berita gembira buat para peminat kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Namun sejak kebelakangan ini lain pula ceritanya apabila ada dakwaan mengatakan yg hubungan Uqasha dan Pekin sebenarnya dalam diam-diam sudah berakhir.

"Pekin? Tak ada apa-apa...okay. Saya tak mahu jawab soalan itu. Sekarang ni saya tak mahu fikir soal perhubungan cinta. Saya mahu fokus pada kerjaya lakonan saya. Saya nak cari duit, nak bantu keluarga.

"Ini takdir. Kami pun sudah tidak bincang lagi tentang hubungan. Masing-masing sibuk dengan komitmen penggambaran. Kalau tentang status saya dengan Pekin sekarang, rasanya lebih baik tanya pada Pekin sendiri. Saya tak mahu komen panjang. Jangan tanya saya pasal Pekin lagi, please...", itu kata Uqasha saat diminta menjelaskan status sebenarnya kini dengan aktor itu.

Ini bukanlah kali pertama hubungan cinta Uqasha dan Pekin dikatakan berantakan. Sebelum ini pernah tercetus pergaduhan besar di antara mereka hingga mencetuskan kontroversi. Namun Pekin berjaya 'memujuk' semula kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini dan hubungan mereka kembali pulih.

Bagaimanapun spekulasi mengenai berakhirnya sudah cinta Pekin dan Uqasha bertambah kukuh apabila baru-baru ini Uqasha menerusi laman Instagrma miliknya telah memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yg membawa maksud dia kini berstatus solo.

"Itu hanya kapsyen. Tapi kalau ikutkan, memang saya single (solo) sebab saya tak ada ikatan dengan mana-mana lelaki. Jadi saya boleh berkawan dengan sesiapa saja", jawabnya ringkas.

Sementara itu mengenai penampilan bertudung sejak akhir-akhir ini, Uqasha berkata dia masih lagi dalam proses untuk berhijab. Namun buat masa ini dia sedang belajar sambil melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Tambah mengembirakan gadis ini apabila dia didatangi beberapa label tudung terkenal yg mahu melamarnya sebagai duta. Tetapi buat masa ini, Uqasha belum memberi apa-apa kata persetujuan.

"Alhamdulillah, sejak saya belajar sedikit demi sedikit bertudung, ramai pihak yg datang dan menyuarakan yg mereka mahu melamar saya sebagai duta mereka. Tapi buat masa ini saya belum buat apa-apa keputusan dan berikan kata setuju pada pihak-pihak tersebut kerana saya sibuk dengan penggambaran. Tapi mereka ada berikan saya beberapa koleksi tudung dan saya pakai kemudian saya promosikan di IG saya" ujarnya.

Perkembangan lain, Uqasha kini sedang menjalani penggambaran drama 'Kalau Itu Jodoh Kita'. Drama terbitan TV Al-Hijrah itu menyaksikan gandingannya bersama Qi Razali. Antara pelakon lain seperti Pekin Ibrahim dan Anzalna.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Uqasha Senrose Sah Bergerak Solo"
Back To Top