malaynews1. Powered by Blogger.

Subhanallah Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Belum Pecah

Menantikan saat kelahiran merupakan detik yg mendebarkan bagi pasangan suami dan isteri. Debaran itu lebih lagi terasa jika kedua-duanya mahu menyambut kelahiran sulung.
Sebagai seorang doktor pula, mereka akan memastikan bahawa proses bersalin itu akan berjalan dengan jayanya. Namun ada satu perkara yg cukup unik berlaku di wad bersalin. Seorang bayi berjaya dikeluarkan tetapi masih lagi berada dalam air ketuban.
Kejadian ini benar-benar seperti satu keajaiban.
BAYI DALAM AIR KETUBAN YANG BELUM PECAH
Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yg dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.
Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yg baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.
Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yg belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yg dikenali sebagai amnion dan chorion.
Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak. Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yg membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.
Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dlm cecair itu. Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.
 
Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yg biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yg baru dilahirkan yg masih dalam ketuban 12 Mac lalu.
Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dgn bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah. Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.
Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yg dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.
“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu sy masih meneran dan dia meminta sy bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica.
Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven.
Tag : Dunia
0 Komentar untuk "Subhanallah Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Belum Pecah"
Back To Top