malaynews1. Powered by Blogger.

Piala Dunia Menjadi Menarik Apabila Imam Besar Bakal Berucap


Sememangnya kehangatan Piala Dunia 2014 semakin hangat dirasakan. Apa yg menariknya bagi kejohanan Piala Dunia bolasepak 2014 ini, Imam besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb telah dijemput untuk berucap pada pembukaan kejohanan Piala Dunia 2013 di Brazil yg dijadualkan bermula 12 Jun hingga 13 Julai. Perkara ini sememangnya akan memartabatkan agama Islam di dunia ini.

Sheikh Ahmed telah dijemput oleh duta Brazil ke Mesir, Marco Brandão semalam untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan sukan berprestij itu.
Brandão menegaskan bahawa Al-Azhar memainkan peranan penting dalam menyebarkan prinsip-prinsip Islam.

“Jempuran ini mewakili pengiktirafan dunia kepada peranan yg dimainkan oleh Al-Azhar dalam menyebarkan Islam, di sebalik peningkatan pengganas,’’ kata Brandão.

Dalam pada itu, penasihat Sheikh Ahmed, Mohammad Mehanna, berkata, jemputan berkenaan menunjukkan bahawa konsep keserderhanaan diiktiraf oleh dunia.

“Islam menggalakkan sukan bagi tujuan kesihatan. Berjuta-juta orang akan menontonnya kejohanan ini dan mereka dapat mengetahui mengenai Islam melalui ucapan Sheikh Ahmed.

Sheikh Ahmad sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beliau menyokong pemberontakan menentang bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi.

Malah ulama Sheikh Yusuf al-Qaradawi sendiri mengkritik Sheikh Ahmed dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai salah dan tidak berlandaskan al-Quran dan Sunah. Sudah pasti ramai yg menanti akan ucapannya nanti. Majulah sukan bersama Islam insyaALLah
Tag : Isu Semasa
0 Komentar untuk "Piala Dunia Menjadi Menarik Apabila Imam Besar Bakal Berucap"
Back To Top